SDASA Port Dickson jual air tebu, bantu program kebajikan pelajar sekolah

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr G.Rajasekaran memuji usaha Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Samad (SDASA), Port Dickson yang menjual air tebu dalam usaha mencari dana.
“Inisiatif jualan air tebu hasil tuaian pihak sekolah menarik perhatian saya.
“Air tebu yang telah diproses dijual dengan Harga RM7.00 sebotol
“Hasil jualan akan disalurkan untuk program kebajikan pelajar dan pembangunan sekolah.
“Usaha ini harus dicontohi oleh sekolah-sekolah lain, membuktikan komitmen guru, pelajar, ibu bapa serta komuniti setempat yang menyokong usaha ini demi kemajuan Pendidikan pelajar dan pembangunan sekolah tersebut,” kata Rajasekaran.
Rajasekaran berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-49 dan Pelancaran Jualan Air Tebu Sekolah.
“Orang ramai digalakkan menyokong inisiatif ini bagi menggalakkan usaha sekolah.
“Diharapkan usaha seumpama ini dapat diteruskan bagi manfaat Bersama,” ujar Rajasekaran lagi.