Faez mahu sekolah lahirkan tokoh agama, ekonomi dan politik

LABU: Majlis Graduasi dan Apresiasi SPM 2025, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Shahardin, Labu, telah berlangsung di Al Batross Kota Seriemas Golf & Country Club.
Majlis yang penuh dengan Istiadat Konvokesyen, dirasmikan oleh Penyelaras Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu, Ahmad Faez Abd Razak.
Ahmad Faez berkata, ini merupakan julung-julung kalinya, SMK Dato’ Shahardin Labu, menganjurkan majlis yang penuh gilang gemilang ini, hasil gabungan PIBG, guru-guru, pelajar-pelajar dan pihak sekolah.
“Saya sempat memberi nasihat serta semangat kepada para pelajar.
“Tahniah kepada para pelajar yang berjaya dalam pelajaran serta guru-guru dan ibu bapa yang menjadi tonggak utama kejayaan anak-anak mereka.
“Semoga SMK Dato’ Shahardin terus gemilang dalam mencapai kejayaan anak bangsa serta berjaya melahirkan tokoh-tokoh negara dalam bidang agama, ekonomi serta politik yang lebih gemilang,” kata Ahmad Faez.




