Berita

F&N berkenan melabur di Negeri Sembilan: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menerima kunjungan hormat daripada syarikat Fraser & Neave Holdings Bhd (F&N) di Pejabat MVV, Menara MAINS.

Aminuddin berkata, perjumpaan ini bagi membincangkan peluang pelaburan F&N di Negeri Sembilan.

“Saya yakin bahawa infrastruktur serta kemudahan yang baik di negeri ini mampu memberikan ruang untuk pelaburan syarikat tersebut.

“Mewakili Kerajaan Negeri, saya amat menyambut baik minat F&N terhadap Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Turut hadir, Pengerusi F&N Holdings Bhd, YAM Tengku Syarif Bendahara Perlis Syed Badarudin Jamalullail Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail; Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Lim Yew Hoe; Penasihat Undang-Undang, Encik Timothy Ooi dan Pengurus Kanan, Keupayaan dan Strategi Perniagaan, Puan Lee Lay Yean.

Show More

Related Articles

Back to top button