Berita

Gamuda bakal bangunkan pusat data di Port Dickson

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik tidak langsung Gamuda Bhd, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd, bakal membangunkan pusat data di Port Dickson.

Perkara disahkan apabila Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd telah memeterai perjanjian jual beli dengan West Synergy Sdn Bhd untuk membeli plot tanah pegangan bebas seluas 157.42 hektar dengan harga bernilai RM424.4 juta.

Pembelian tanah tersebut adalah bertujuan pembangunan berkaitan infrastruktur awan dan pusat data.

Dalam masa sama, pembelian itu akan dibiayai menerusi dana yang dijana secara dalaman, dengan jangkaan selesai urus niaga pada penghujung Julai 2025.

West Synergy adalah anak syarikat tidak langsung dan 60 peratus daripada dimiliki MUI Properties Bhd.

MUI Properties berkata, penjualan tanah yang dilakukan oleh west Synergy dijangka menghasilkan anggaran keuntungan bersih sekali sebanyak RM206.13 juta dan meningkatkan aset bersihnya sebanyak RM123.68 juta.

Show More

Related Articles

Back to top button