Perjuangan saya untuk memastikan Aspirasi Perpaduan (Manifesto Pilihan Raya Negeri 2023) tidak pernah terhenti untuk rakyat.
Salah satunya berkaitan mengusaha pendekatan terbaik untuk menyediakan perumahan kondusif kepada generasi baharu Felda.
Hampir setiap minggu saya membincangkan penyelesaian terhadap isu ini, kerana pada saya generasi baharu Felda di Negeri Sembilan harus ada peluang untuk memiliki rumah sendiri.
Saya telah mempengerusikan mesyuarat penyelarasan untuk mempercepatkan penyelesaian isu penyerahan 510 unit rumah generasi baharu Felda kepada Kerajaan Negeri Sembilan.
Ia melibatkan 150 unit di Felda Pasoh 3, 150 unit di Felda Palong 12 dan 210 unit di Felda Palong 16.
Yang pastinya kos pemulihan terhadap projek-projek ‘sakit’ ini amat tinggi.
Namun ia bukan penghalang untuk saya bersikap optimis dalam menyediakan keseluruhan 909 unit rumah kepada para generasi baharu Felda.
Doakan saya dan rakan-rakan jabatan terlibat mampu bekerja sehingga berjaya mencapai impian ini.
Dato’ Seri Jalaluddin Alias
EXCO (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan