Berita

Golongan miskin tegar dan klien AADK disantuni sempena Aidilfitri

KUALA PILAH: Sebanyak tujuh buah keluarga miskin tegar dan klien AADK dari DUN Pilah disantuni Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.

Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Mohd Faizal Abdul Manap telah turun padang menghulurkan bantuan barang keperluan dapur dan sumbangan wang tunai kepada tujuh keluarga tersebut.

Sumbangan ini bagi meringankan beban mereka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Program Ziarah Kasih Aidilfitri 2024 ini diadakan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Jabatan Kebajikan Masyarakat Pilah (JKM), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kuala Pilah (AADK), Jabatan Penerangan Pilah, Pejabat Pembangunan Negeri (PPNNS) dan Pengerusi JPKK kawasan.

Turut hadir menjayakan program ini ialah, Timbalan Setiausaha (Operasi) MAINS, YBhg Dato’ Nor Azmi Musa; Pegawai JKM Kuala Pilah, Puan Noorazura Hassan dan Ketua Pegawai AADK Daerah Kuala Pilah, Puan Rozita Muhamad Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button