Berita

Golongan pesakit dan kurang kemampuan terima sumbangan kewangan

SUNGAI LUI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui, YB Mohd Razi Mohd Ali telah menghulurkan ‘Sumbangan Kesejahteraan Rakyat DUN Sungai Lui’ kepada pelbagai golongan yang memerlukan.

“Sumbangan Kesejahteraan Rakyat DUN Sungai Lui’ merupakan program rutin mingguan saya untuk menyantuni golongan pesakit, pelajar, keluarga kurang kemampuan, persatuan dan lain-lain lagi.

“Justeru itu, seperti kelazimannya, kali ini saya telah menyerahkan bantuan kepada beberapa individu yang memerlukan.

“Bantuan yang diberikan membabitkan sumbangan kos perubatan, kerusi roda, sara hidup dan persatuan.

“Diharapkan dengan bantuan ini dapat membantu memudahkan dan melancarkan semua urusan mereka. Insya Allah,” kata Mohd Razi.

Show More

Related Articles

Back to top button