Berita

Golongan sakit terlantar disantuni Pejabat Daerah dan Tanah Seremban

SEREMBAN: Pejabat Daerah dan Tanah Seremban telah mengadakan program Ziarah Kasih Ramadhan bagi menyantuni golongan yang sakit terlantar dalam Daerah Seremban.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, seramai 50 Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ahli Isi Rumah (AIR) yang sakit terlantar menerima sumbangan RM200 setiap keluarga.

“Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban yang ditanggung dan diharap memberi keceriaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi,” kata beliau yang juga ADUN Sikamat.

Turut menjayakan program ini ialah Pegawai Daerah dan Tanah Seremban, Tuan Mohamad Najib Mustafa; ADUN kawasan dan Penyelaras DUN.

Show More

Related Articles

Back to top button