Berita
Gunasekaren sumbang ‘Angpau’ kepada 200 keluarga Tionghua
SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan ‘Angpau’ dan barangan keperluan dapur kepada 200 keluarga Tionghua di DUN Seremban Jaya.
Gunasekaren berkata, sumbangan sempena sambutan Tahun Baru Cina ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga yang menyambut perayaan ini.
“Selamat menyambut Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai,” kata Gunasekaren.