BeritaMenarik

Harapan rakyat menjelang Belanjawan Negeri Sembilan 2025

SEREMBAN: Muhammad Farhan Habibur Rahman, pelajar Kolej Matrikulasi Kuala Pilah berkata, sedia maklum pelbagai jenis bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

“Ini termasuk bantuan untuk bayi, warga emas, belia dan pelajar.

“Saya ingin mencadangkan kepada Kerajaan Negeri agar menghulurkan bantuan kepada golongan muda yang memerlukan.

“Saya sangat berharap Menteri Besar menyediakan sejumlah bajet kepada golongan belia yang baru habis belajar yang menghadapi kesukaran untuk memulakan kehidupan atau karier baru,” ujarnya.

Teng Shiao Shuen Adeline,

Teng Shiao Shuen Adeline, juga pelajar dari Kolej Matrikulasi Kuala Pilah berkata, berharap Kerajaan Negeri boleh memberikan dana kepada pelajar matrikulasi.

“Saya berharap bantuan komputer riba turut diberikan kepada pelajar matrikulasi.

“Banyak bantuan diberikan kepada pelajar institut pengajian tinggi.

“Manakala pelajar asasi atau martikulasi terabai.

“Kita juga memerlukan bantuan komputer riba untuk menyiapkan assignment dan presentation,” katanya.

Minah Ahmad, mewakili Persatuan Wanita Dinamik Seremban pula meletakkan harapan agar Kerajaan Negeri memudahkan proses permohonan bantuan untuk golongan B40.

“Inisiatif dan bantuan yang sedia ada cukup bagus, namun saya berharap ia ditambah baik.

“Contohnya bantuan katil mudah alih dan kerusi roda untuk pesakit terlantar serta bantuan bakul makanan, proses permohonan dan kelulusannya agak lambat.

“Kalau boleh proses itu dipermudahkan dan dipercepatkan agar bantuan turun segera kepada individu yang memerlukan,” jelas Minah.

Minah Ahmad

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button