Berita

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut

Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia terus memacu kecemerlangan perubatan dengan menawarkan pembelajaran teknologi robotik pembedahan lutut menerusi Program Sarjana Perubatan Ortopedik.

Inisiatif ini memberi fokus kepada pembedahan berketepatan tinggi serta perancangan pra-pembedahan berasaskan data, selari dengan perkembangan pesat teknologi perubatan semasa.

Selain itu, HPUSM turut berperanan sebagai antara pusat latihan utama negara dalam melahirkan pakar ortopedik, termasuk melalui penawaran Program Fellowship Arthroplasty.

Komitmen ini mengukuhkan peranan HPUSM sebagai peneraju latihan klinikal dan inovasi ortopedik demi penjagaan kesihatan bertaraf global.

Show More

Related Articles

Back to top button