BeritaMenarik

Ibu sebak terima Anugerah Siswazah Cemerlang arwah anak

SEREMBAN- Seorang ibu tidak dapat menahan sebak apabila Allahyarham anak sulungnya menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Masriza Abd Rahman, 49, mewakili Allahyarham Farra Wahida Ibrashid, 25, yang telah meninggal dunia pada 20 Januari 2023 merupakan siswazah cemerlang Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pemasaran dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

“Farra Wahida menghidap penyakit Talasemia sejak berusia tiga tahun.

“Bagaimanapun, Farra Wahida yang merupakan anak sulung daripada enam beradik mempunyai semangat yang kuat untuk meneruskan pengajian di kampus walaupun terpaksa berulang-alik ke hospital menerima rawatan.

“Allahyarham bercita-cita nak jadi pensyarah. Walaupun dalam keadaan sakit, dia tetap gigih dan kuat berusaha meneruskan pengajian dan menjadi contoh kepada adik-adiknya.

“Walaupun anak saya sudah tiada, inilah jasa dan kebanggaan terakhir yang ditinggalkannya kepada saya sekeluarga,” kata Masriza kepada Negeri Kita di Majlis Majlis Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Negeri Sembilan (Sesi Pertama Tahun 2024) di D’Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan.

Show More

Related Articles

Back to top button