BeritaMenarik

IKR tumpu projek kecil berimpak tinggi

Usaha Abdul Kahar membaik pulih gelanggang futsal untuk anak muda di kawasan perumahannya berjaya dicapai menerusi Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR).

Gelanggang futsal yang telah usang di Taman Desa Permai, Repah, Tampin, Negeri Sembilan itu merupakan tempat riadah anak-anak muda sekitar yang perlu sentiasa dijaga dan diselenggara dengan baik.

IKR adalah program khas Kementerian Ekonomi bermula tahun 2023 yang memberi tumpuan kepada projek kecil berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada rakyat.

Sebelum ini, rakyat perlu memohon melalui wakil rakyat, majlis perbandaran atau majlis daerah untuk membaiki infrastruktur awam kecil di kawasan mereka.

Wakil rakyat atau pihak berkuasa tempatan pula perlu membuat permohonan kepada kementerian-kementerian terbabit.

Kementerian-kementerian terbabit pula perlu memasukkan permohonan itu ke dalam senarai yang akhirnya diangkat ke Kementerian Ekonomi (bagi projek-projek pembangunan).

IKR membolehkan permohonan dibuat terus ke Kementerian Ekonomi oleh sesiapa sahaja, pihak komuniti atau pun orang perseorangan.

Semoga usaha kecil ini dapat mendemokrasikan wang rakyat dengan memberi manfaat terus kepada masyarakat dengan pantas dan berkesan.

Rafizi Ramli
Menteri Ekonomi

Show More

Related Articles

Back to top button