Berita

ISM INSPIRE 2025: Ekosistem pembangunan sosial yang lebih besar

Program ISM Inspire 2025 merupakan inisiatif baharu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Institut Sosial Malaysia (ISM) yang bertujuan menyediakan platform baharu bagi membincangkan isu sosial seperti kesihatan mental, buli dan daya tahan sosial.

Melalui aktiviti seperti Inspire Talk dan Podcast Inspire 2025, suara anak muda diketengahkan secara kreatif dan mudah difahami.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, di Kuala Lumpur.

Program ini dihadiri oleh 500 peserta dan merupakan hasil kerjasama strategik antara Malaysia Association of Social Workers (MASW), institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, NGO dan sektor korporat, dalam usaha memperkasa suara belia serta membincangkan isu sosial secara inklusif dan berimpak.

ISM INSPIRE 2025 ini adalah sebahagian daripada ekosistem pembangunan sosial yang lebih besar.

Penganjuran program ini bertepatan dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang memberi tumpuan kepada kesejahteraan sosial inklusif, dan Dasar Sosial Negara (DSN) 2030 yang menjajarkan 44 dasar sosial utama negara.

KPWKM akan terus menyokong ISM untuk menjadi hub pembangunan sosial negara yang melahirkan masyarakat penyayang, seimbang dan berdaya tahan.

Semoga ISM INSPIRE ini terus berkembang untuk menjadi platform yang penting dalam membina Malaysia yang lebih inklusif dan sejahtera.

Turut hadir pada program ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha KPWKM (Pengurusan), Farah Adura Hamidi; Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Mohd Daud Mohd Arif; Pengarah ISM, Norhaslinda Mohd Sibi serta pegawai-pegawai kanan Kementerian dan agensi kerajaan.

Show More

Related Articles

Back to top button