Berita

Ismail santuni pelajar di HTJ

SEREMBAN: Exco Pendidikan dan Modal Insan , YB Dato’ Ismail Lasim telah menyantuni golongan pelajar yang sedang mendapatkan rawatan di wad Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Ismail berkata, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau telah menyampaikan sumbangan ‘duit raya’ kepada semua pelajar tersebut.

Terlebih dahulu, Penyelia Sekolah Dalam Hospital, Puan Noor Mashitah Rusli, telah memberi taklimat tentang operasi Program Sekolah Dalam Hospital kepada Ismail serta Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dato’ Dr.Roslan Hussin dan Pengarah HTJ, Dato’ Dr.Zaleha Md Noor.

Ismail turut dibawa melawat kelas yang ada di dalam wad di samping dibawa melawat para pesakit yang terdiri daripada pelajar dan kanak-kanak.

Beliau yang juga ADUN Senaling turut diberi taklimat tentang keadaan para pesakit.

 

Show More

Related Articles

Back to top button