BeritaMenarik

Isu banjir di Ampangan semakin reda

AMPANGAN: Permasalahan banjir kilat di DUN Ampangan semakin reda berikutan beberapa langkah mengatasi banjir sedang dijalankan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek berkata, isu banjir kilat menghantui sebahagian besar penduduk khususnya di Kampung Ismail, Kampung Blok B dan C, Taman Lee Siew Joo dan Taman Dusun Nyior.

“Permasalahan banjir di kawasan perumahan ini semakin reda apabila usaha menyelenggara sungai dan menaiktaraf sistem perparitan telah mula dijalankan,” kata Mohamad Rafie.

Dalam pada itu, berkongsi pencapaian lima tahun di DUN Ampangan, Mohamad Rafie berkata, Pusat Khidmat Rakyat DUN Ampangan telah menyediakan Gerobok Asnaf di mana kesemua golongan yang susah boleh menerima bantuan makanan secara percuma.

“Semasa pandemik Covid-19, kita juga telah berusaha menghulurkan bantuan tanpa mengira latar belakang agama, bangsa mahupun parti,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button