Berita

Isu keselamatan digital dan mental kanak-kanak menjadi keutamaan

KUCHING: Malaysia akan memberi keutamaan isu keselamatan digital dan mental kanak-kanak untuk di bawa ke Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) di Geneva, Switzerland.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Dato’ Seri Nancy Shukri berkata, penyertaan Malaysia dalam konvensyen tersebut dapat memberikan perkongsian tindakan yang telah diambil dan yang akan dilaksanakan.

“Saya sering menyebut tentang peranan kementerian, iaitu melalui advokasi dari sekolah ke sekolah, untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada para pelajar, guru, dan ibu bapa supaya mereka memahami kesan serta maklumat yang berlaku apabila anak-anak terdedah kepada media sosial.

“KPWKM juga turut bekerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan bagi melaksanakan program-program yang menangani isu kesihatan mental golongan muda.

“Antaranya adalah Program Remaja, supaya dapat memberi ruang kepada golongan muda untuk menyuarakan permasalahan mereka.

“Kita juga mempunyai kaunselor yang terlatih untuk menangani isu ini, sebab itu saya mempromosikan talian 15999 supaya mereka boleh dihubungkan dengan kaunselor yang relevan, khususnya bagi isu tekanan mental.

Ini bukan sahaja melibatkan kanak-kanak, tetapi juga masyarakat keseluruhannya,” kata Nancy.

Show More

Related Articles

Back to top button