Isu pengendalian sisa bakal diatasi segera

CHUAH: Isu pengendalian sisa yang menghantui komuniti setempat di Chuah bakal diatasi segera.
Hal ini kerana satu pertemuan diantara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuan, Dato’ Yew Boon Lye dan ADUN Sri Tanjung, Dato’ Dr. G. Rajasekaren dan pengurusan tertinggi Cypark Resources Berhad telah diadakan.
Ia adalah bagi mencari kaedah penyelesaian yang memberi kebaikan buat kedua-dua belah pihak.
Rajasekaren berkata, setelah melakukan perbincangan, Cypark Resources Berhad akan membina sebuah kolam takungan sementara di lokasi berkenaan.
“Kolam tersebut akan berfungsi untuk menyerap dan mengawal sisa larut lesap.
“Secara tidak langsung ia akan mengurangkan potensi kesan terhadap persekitaran serta komuniti setempat,” kata Rajasekaren.
Rajasekaren turut menegaskan bahawa beliau akan tetap komited bagi memastikan kesejahteraan dan keselamatan penduduk adalah keutamaan.



