Berita

Isu tebing runtuh sejak 15 tahun berjaya diselesaikan

LENGGENG: Isu tebing runtuh yang membelenggu penduduk Kampung Panchor sejak 15 tahun lalu berjaya telah berjaya diselesaikan.

Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, YB Suhaimi Kassim berkata, projek pembaikan tersebut membabitkan kos RM1.8 juta melibatkan 10 buah rumah.

“Terima kasih kepada Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun yang meluluskan peruntukan untuk membaiki cerun tersebut.

“Selain itu kita juga telah menaik taraf jalan masuk ke perkampungan Wawasan ABIM yang berkeluasan 500 ekar daripada jalan tanah merah kepada jalan crusher dengan kos RM100 ribu.

“Desa Wawasan ABIM merupakan pembangunan perkampungan Islam dengan kompleks pendidikan Islam. Sebelum ini jalan masuknya sangat jauh.

“Maka kita telah membuka jalan alternatif yang berdekatan dengan Kampung Panchor.

“Selepas ini Kerajaan Negeri bercadang menyediakan kemudahan bekalan elektrik dan air.

“Maka ianya akan memudahkan mereka yang telah memiliki lot tanah di sini untuk mengusahakan tanah mereka dan membina rumah,” kata Suhaimi.

Show More

Related Articles

Back to top button