BeritaMenarik

Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang pertama jual buku dalam talian

SEREMBAN: Jabatan Mufti Negeri Sembilan telah mengorak langkah pertamanya dengan membangunkan Sistem Jualan Buku dan Pengurusan Stok Secara Dalam Talian yang melibatkan penjualan buku-buku terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, ini selari dengan Dasar Digital Negara yang menggalakkan semua agensi kerajaan menggunakan aplikasi digital termasuk institusi agama seperti Jabatan Mufti.

“Saya dimaklumkan Sistem Jualan Buku Atas Talian di bawah Jabatan Mufti adalah yang pertama dibangunkan di kalangan Jabatan-Jabatan Mufti di Malaysia.

“Usaha-usaha dalam pembangunan sistem ini telah dimulakan sejak tahun 2021 dan telah siap untuk digunakan pada Februari 2024 yang lalu.

“Pustaka Hikmah adalah nama kedai buku dalam talian (online) bagi Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang bukan sekadar menjadi tempat untuk mendapatkan bahan bacaan, tetapi juga pusat ilmu pengetahuan yang bersifat up to date (semasa) yang akan menjadi rujukan bagi masyarakat Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Sambutan Ramadhan 1445H dan Pelancaran Sistem Buku Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button