Berita

JALALUDDIN: Orang Asli sebahagian daripada sejarah dan peradaban negara

BANGI: EXCO (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, Dato’ Seri Jalaluddin Alias mewakili Kerajaan Negeri Sembilan telah hadir ke Mesyuarat Majlis Perundingan Orang Asli (MAPOA) di Bandar Baru Bangi, Selangor.

“MAPOA merupakan salah satu medium rasmi merumus dasar dan hala tuju pembangunan komuniti Orang Asli secara holistik di seluruh negara.

“Penyertaan Negeri Sembilan dalam MAPOA mencerminkan iltizam berterusan kerajaan negeri untuk memperkasa masyarakat Orang Asli melalui pendekatan bersepadu yang merangkumi aspek pendidikan, kesihatan, ekonomi, hak tanah adat serta pemeliharaan warisan budaya.

“Sebagai salah satu negeri yang memiliki komuniti Orang Asli yang besar dengan identiti dan sumbangan tersendiri, Negeri Sembilan berpandangan bahawa kemajuan negara tidak boleh dicapai tanpa keterangkuman dan pengiktirafan yang saksama kepada semua kumpulan masyarakat, termasuk komuniti pribumi yang menjadi sebahagian penting daripada sejarah dan peradaban negara.

“Semoga segala rumusan dan resolusi mesyuarat ini dapat diterjemah kepada dasar yang progresif, berpaksikan keadilan sosial dan menghormati hak asasi komuniti Orang Asli, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI,” kata Jalaluddin yang juga Exco (Kanan) Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button