Berita

MAINS perkasa integriti dan tatakelola: KITA 2026

PORT DICKSON: Kursus Integriti dan Tatakelola (KITA) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Siri Pertama 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan seramai 67 orang kakitangan yang telah berlangsung selama dua hari satu malam bermula 9 hingga 10 Februari di Hotel Ancasa, Port Dickson.

Kursus ini merupakan inisiatif yang dirangka khusus bagi memperkukuh kefahaman dan penghayatan terhadap nilai integriti, etika kerja serta prinsip tatakelola dalam kalangan warga kerja MAINS.

Sepanjang program, para peserta diberi pendedahan secara teori dan praktikal melibatkan pengenalan kepada konsep integriti dan etika, perbincangan berkaitan dilema etika serta isu pelanggaran integriti yang berkaitan dengan dasar dan tatakelakuan organisasi.

Selain sesi ceramah dan perbincangan, kursus ini turut diserikan dengan penglibatan dalam aktiviti luar seperti ‘sea water rafting’ dan permainan pengurusan yang bertujuan memupuk semangat kerja berpasukan, daya tahan serta kepimpinan dalam kalangan peserta.

Aktiviti ini juga menjadi medium refleksi untuk peserta mengaitkan pengalaman praktikal dengan nilai-nilai integriti dalam perkhidmatan harian.

Penganjuran program ini diharap dapat menjadi titik tolak kepada usaha berterusan dalam membudayakan integriti sebagai teras utama pentadbiran dan perkhidmatan MAINS secara menyeluruh.

Hadir merasmikan majlis penutup ialah Penasihat Undang-undang MAINS, Romy Norfidzy Roslan.

Show More

Related Articles

Back to top button