BeritaYB Kita

Jambatan Batang Benar – Nilai 7 bakal siap tengah tahun depan

NILAI:Masalah yang menghurung masyarakat setempat berkenaan jambatan yang menghubungkan Batang benar – Nilai 7 bakal diselesaikan sebelum pertengahan tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J. Arul Kumar berkata, jambatan tersebut hanya mempunyai satu lorong sahaja buat masa ini.

“Apabila siap kelak, ia akan menjadi dua lorong.

“Secara tidak langsung mengurangkan kesesakan kawasan ini pada waktu pagi dan petang.

“Palang had ketinggian juga akan diletakkan bagi menghalang kenderaan berat menggunakan jambatan ini.

“Sebanyak RM10 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk menyelesaikan isu yang berlarutan hampir 20 tahun ini,” kata Arul Kumar.

Arul Kumar berkata demikian sewaktu meninjau kerja-kerja pembinaan jambatan baru tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button