BeritaYB Kita

Jeti Pengkalan Kempas mampu meningkatkan ekonomi dan kehadiran pelancong

LINGGI: Jeti Pengkalan Kempas yang baru sahaja siap dibina, berpotensi menarik lebih ramai pengunjung dan pelancong dan ini secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, Dato’ Mohd Faizal Ramli berkata, jelas terpancar kegembiraan para penduduk tempatan mendapat jeti baharu yang lebih cantik dan selamat untuk kegunaan harian mereka.

“Dengan adanya jeti baharu ini, akan menjadi daya tarikan baharu dan secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi penduduk tempatan dengan kehadiran lebih ramai pengunjung dan pelancong.

“Kami turut melepaskan 2,000 ekor benih anak ikan baung ke Sungai Linggi.

“Terima kasih kepada ICU dan Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson yang berjaya menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan,” kata Mohd Faizal.

Mohd Faizal berkata demikian semasa majlis menyempurnakan Penyerahan Jeti Pengkalan Kempas yang baharu kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pengkalan Kempas.

Turut hadir, Exco Pelancongan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon.

Show More

Related Articles

Back to top button