RASAH: Kerajaan Negeri Sembilan akan menganjurkan Karnival Krismas di N9 Sungei Ujong Walk pada 23 Disember (Jumaat) ini.
Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, karnival tersebut akan bermula daripada jam 5 petang hingga 11 malam.
“Terdapat pelbagai persembahan dan hadiah misteri menanti pengunjung.
“Jangan lepaskan peluang anda, kita jumpa di sana,” kata Nicole.