Berita
Kembara 7 Daerah Negeri Sembilan
Sempena Bulan Kebangsaan ini sebuah program kembara bermotosikal yang melalui tujuh daerah dalam Negeri Sembilan akan diadakan.
Program tersebut dijangka akan mengumpul lebih 200 buah motor dan lebih 15 kenderaan ringan.
Laluan adalah seperti berikut:
1) 8:00 pagi – Pusat Kegiatan Kemas Jalan Pantai, Seremban (Berkumpul)
2) 9:45 pagi – Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson
3) 10:45 pagi – KKTM Rembau
4) 11:45 pagi – Sekolah Menengah Agama Repah, Tampin
5) 4:00 petang – Dewan Hadhari Kuala Pilah
6) 5:15 petang – Dataran Majlis Perbandaran Jempol, Jempol
7) 6:30 petang – Dataran Jam, Kuala Klawang (Penutup)
Orang ramai dijemput hadir ke pit-stop yang disediakan dan sertai perarakan tersebut.