Berita

Kemenangan Kuala Kubu Baharu bukti kerjasama erat dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR: Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) tempoh hari menjadi bukti kerjasama erat parti-parti dalam komponen itu dan kestabilan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Fadillah Yusof berkata, kemenangan ini seharusnya memberi mesej supaya Kerajaan Perpaduan hari ini supaya bekerja dengan lebih keras dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“”Pengundi sudah memilih, maka siapa terpilih jadilah wakil rakyat dengan sebaik mungkin supaya kita dapat membuat yang terbaik kepada rakyat.

“Sementara itu, Fadillah berkata Kerajaan Perpaduan akan terus menumpukan kepada pembangunan ekonomi dan usaha membantu rakyat dalam pelbagai aspek.

“Yang penting adalah bagaimana kita nak strukturkan semula supaya kita mempunyai kemampanan dari segi kewangan dan dengan kemampanan itu kita dapat fokus bangunkan negara kita dari segi projek dan fokus kepada bantuan dan terus kepada rakyat,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button