Berita

Kementerian Ekonomi telah melaksanakan tiga inisiatif penting pada Mac 2025

PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi, Dato’ Seri Rafizi Ramli berkata, Kementerian Ekonomi telah melaksanakan tiga inisiatif penting pada bulan Mac 2025.

1. Kerjasama dengan ARM, Malaysia reka dan keluarkan cip semikonduktor sendiri.

2. Rang Undang-undang CCUS, mewujudkan industri CCUS baharu bernilai tinggi (USD250 bilion menjelang 2050).

3. Rang Undang-undang Iltizam, meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Inisiatif ini menunjukkan fokus Kementerian Ekonomi dalam merancang ekonomi jangka panjang dan mewujudkan peluang ekonomi baharu bernilai tinggi, seperti industri CCUS yang belum wujud di ASEAN, serta mempercepatkan keupayaan negara dalam sektor strategik seperti semikonduktor melalui kerjasama pintar.

“Rang Undang-undang Iltizam pula merupakan langkah bersejarah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

“Saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan di Kementerian Ekonomi yang bertungkus lumus memastikan perancangan ekonomi kerajaan dapat dilaksanakan mengikut garis masa.

“Tiga inisiatif yang dilaksanakan dalam Mac 2025 ini membayangkan fungsi Kementerian Ekonomi,” kata Rafizi.

Show More

Related Articles

Back to top button