BeritaMenarikProgram

Kerajaan MADANI diinspirasi dari Kerajaan Islam Kota Madinah

SEREMBAN: Kerajaan Perpaduan MADANI yang terbina pada hari ini adalah berkonsepkan atau diinspirasikan dari Kerajaan Islam di Kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.

Itu adalah antara intipati menarik yang dikongsikan oleh pendakwah terkenal dari Indonesia, Profesor Dr.Ustaz Abdul Somad dalam program khas ceramah di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi.

Beliau juga berbangga akan kehadiran para muslimin dan muslimat yang ramai memenuhi stadium meskipun cuaca dalam keadaan hujan.

“Kalau subuh orang datang ke surau dan masjid itu biasa, tapi kalau saat hujan orang datang ke stadium (basah), itu hanya ada di Seremban, Negeri Sembilan,” kata Abdul Somad.

Sementara itu, walaupun dalam keadaan hujan, ia tidak menghalang lebih 10,000 muslimin dan muslimat membanjiri stadium.

Tinjauan Negeri Kita mendapati orang ramai yang hadir terdiri daripada pelbagai golongan termasuk warga emas, wanita, belia dan kanak-kanak yang datang dengan ibu bapa.

Ahmad Shafie Abd Malik, 18, berkata beliau teruja untuk hadir ke program ceramah ini.

“Sebelum ini saya hanya berpeluang untuk mendengar ceramah beliau di media sosial atau YouTube.

“Tetapi ini kali pertama beliau datang ke Seremban dan saya tidak mahu melepaskan peluang untuk mendengar ceramah beliau secara live.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sembilan di atas usaha membawa Ustaz Abdul Somad ke Negeri Sembilan,” kata pemuda tersebut.

 

Show More

Related Articles

Back to top button