Kerajaan Negeri sediakan garis panduan tapak perkhemahan
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan garis panduan perancangan bagi tapak perkhemahan di negeri ini.
Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar, garis panduan ini diputuskan kerana tragedi tanah runtuh yang berlaku di Ladang Organik Bapa, Batang Kali, Selangor pada 2022.
“Oleh itu, kepada pengusaha tapak perkhemahan di Negeri Sembilan, mereka mempunyai masa sehingga akhir tahun ini untuk memohon permit khas daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menjalankan perniagaan mereka.
“Garis panduan ini juga disediakan bagi memastikan pengunjung yang datang ke tapak perkhemahan berada dalam keadaan yang selamat.
“Selain itu, ia adalah usaha untuk mengawal alam sekitar oleh kerana terdapat lonjakan pembukaan tapak perkhemahan yang baharu di negeri ini,” kata Arul Kumar.