Berita

Kerajaan Negeri Sembilan sediakan pusat penjaja di setiap daerah

TAMPIN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri komited memastikan nasib penjaja terus mendapat perhatian.

“Kerajaan Negeri menyediakan pusat penjaja di setiap daerah di Negeri Sembilan.

“Hal ini sebenarnya adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan tempat yang lebih strategik, kondusif, selesa dan juga bersih buat para penjaja dan pembeli.

“Kerajaan Negeri melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2021 dan 2022 telah memperuntukkan dana bagi penempatan semula penjaja serta pembinaan pusat penjaja,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata, setiap PBT dimohon untuk mengenalpasti lokasi yang bersesuaian untuk para penjaja beroperasi.

“Salah satunya adalah Gerai R2R Taman Indah, Tampin yang mempunyai 10 gerai, menyediakan lokasi yang lebih selesa dan semestinya bersih untuk para penjaja dan pembeli berurusan.

“Insyah Allah selepas ini akan lebih banyak pusat seperti ini akan dibuka di seluruh negeri bagi menyediakan situasi menang-menang buat penjaja dan pelanggan mereka,” jelas Aminuddin lagi.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button