Kerjasama Negeri Sembilan – Riau dalam pelancongan kesihatan

PEKANBARU: Kerajaan Negeri Sembilan telah menganjurkan sesi Business to Business (B2B) bersama pemegang taruh di Provinsi Riau, Indonesia.
Exco Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman, perkembangan ini mencatat sejarah baharu dalam pelancongan kesihatan Negeri Sembilan.
“Program yang berlangsung di Pekanbaru ini mendapat sambutan luar biasa daripada persatuan, syarikat insurans, klinik kesihatan, dan pelbagai pihak berkepentingan.
“Kerjasama ini dijangka memperkukuh hubungan antara kedua-dua wilayah serta meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang lebih berkualiti.
“Dengan sokongan semua pihak, inisiatif ini diharap membawa manfaat besar kepada masyarakat dan membuka lebih banyak peluang kerjasama di masa hadapan.
“Sudah pasti inisiatif ini juga akan menjana ekonomi untuk Negeri Sembilan,” kata Tengku Zamrah.
Dalam pada itu, Tengku Zamrah juga telah mempengerusikan mesyuarat santai bersama hospital-hospital swasta dan delegasi bagi mendapatkan input hasil daripada dialog hari pertama.
“Alhamdulillah, kunjungan hormat delegasi Pelancongan Kesihatan Negeri Sembilan turut mendapat maklum balas positif daripada Pejabat Konsulat Malaysia di Pekanbaru serta Lembaga Adat Melayu Riau (LAMR),” ujarnya.
Terlebih dahulu Tengku Zamrah telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Konsul Malaysia di Pekanbaru, Mohammed Hosnie Shahiran Ismail.