BeritaMenarik

Ketua Cawangan dan sayap UMNO perlu selalu ‘buka mulut’

JELEBU: Ketua Cawangan UMNO dan Ketua-Ketua Sayap UMNO diminta sentiasa memberi penerangan dan maklumat kepada ahli UMNO.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, pendekatan ini perlu agar ahli akar umbi UMNO faham situasi semasa pentadbiran negara dan negeri.

“Mulut Ketua Cawangan dan Ketua Sayap perlu sentiasa ‘dibuka’ untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli akar umbi.

“Biar semua ahli UMNO faham akan segala isu semasa dan tahu akan usaha-usaha yang kerajaan telah, sedang dan akan lakukan untuk rakyat,” ujarnya.

Jalauddin berkata demikian di Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Jelebu 2024.

Sementara itu, Jalaluddin mengucapkan tahniah kepada cawangan baharu yang ditubuhkan iaitu UMNO Cawangan Kampung Rangoi yang diketuai oleh Saudara Anuar Johari.

“Walaupun saya sudah kurang turun ke cawangan-cawangan, namun ukhuwah antara kita tetap seperti dahulu, Insyah Allah.

“Selamat bersidang semua. Marilah kita gerak bersama untuk jadikan Jelebu ini sebagai kubu kuat UMNO,” kata Jalaluddin.

Show More

Related Articles

Back to top button