Khazanah alam perlu dijaga

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaran berkata, khazanah alam perlu dijaga oleh semua masyarakat.
“Oleh itu, program Pemeliharaan Sungai Demi Komuniti Mampan yang dijalankan oleh Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Paya adalah sesuatu yang sangat bermanfaat.
“Ia mampu mendidik masyarakat ke arah menyokong kelestarian serta memperkukuh hubungan antara organisasi dan orang ramai.
“Program sebegini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada golongan muda.
“Semoga program sebegini kerap dilakukan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat setempat,” kata Rajasekaren.
Dalam pada itu, program tersebut menawarkan beberapa aktiviti menarik seperti ‘Enviro Walk’, pelepasan anak ikan ke Sungai Lukut Kecil, balingan ‘mudball’ dab demonstrasi pemantauan kualiti air sungai.