YB Kita

KITARecycle Negeri Sembilan kutip 893 tan sisa, naik 23.3 peratus tahun lalu

SEREMBAN: Program KITARecycle di Negeri Sembilan di bawah anjuran SWM Environment telah mencatat perkembangan positif apabila jumlah kutipan keseluruhan bagi 2025 mencapai 893 tan, meningkat 23.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pusat pandu lalu menyumbang sebanyak 609.67 tan, dengan nilai ganjaran mencecah RM75,040.10 manakala keahlian program itu kini mencecah 43,186 orang sejak diperkenalkan pada 2018.

Jenis barangan yang paling banyak dikumpulkan adalah kertas (1,528.5 tan) diikuti plastik (600.8 tan) dan logam (154.5 tan).

Negeri Sembilan mempunyai tujuh pusat pandu lalu KITARecycle, 27 pusat pengumpulan drop-off, 62 sangkar KITARecycle serta tiga DTRC Sejati Madani bagi memudahkan orang ramai melaksanakan aktiviti kitar semula.

Kenyataan itu dimaklumkan dalam program SWM Kasih Santuni Ramadan dan Iftar yang berlangsung di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan disini.

“Program ini bertujuan menyantuni golongan memerlukan serta mempererat kerjasama komuniti selain menyemarakkan kegembiraan penerima sumbangan bagi meraikan Aidilfitri dalam suasana lebih bermakna.”katanya.

Program itu turut dihadiri Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J. Arul Kumar, agensi berkaitan serta pengurusan tertinggi SWM Environment dan SWCorp Negeri Sembilan.

Seramai 20 anak yatim daripada Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan juga menerima sumbangan duit raya, mencerminkan komitmen tanggungjawab sosial korporat SWM Environment dalam membantu komuniti berbilang kaum.

Show More

Related Articles

Back to top button