JERAM PADANG: Klinik Kesihatan Rompin yang telah siap dibina, dijangka akan beroperasi sepenuhnya pada pertengahan November ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, dengan adanya Klinik Kesihatan ini ianya dapat memudahkan penduduk setempat khususnya rakyat kawasan DUN Jeram Padang untuk mendapatkan rawatan dengan mudah dan baik.
Mohd Zaidy berkata demikian di Majlis Penyerahan Projek Klinik Kesihatan (Jenis 4) dengan Kuarters (2D dan 18G) Rompin.
Klinik Kesihatan Rompin dirasmikan oleh Setiausaha Bahagian Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datin Paduka Roslinah Md Jani yang mewakili Ketua Setiausaha (KSU) KKM, Dato’ Seri Suriani Dato’ Ahmad.
“Kami di bawa melawat ke semua ruang dan kelengkapan kemudahan Klinik Kesihatan yang telah disiapkan.
“Kami juga di bawa melawat ke kuarters kediaman kakitangan dan pegawai perubatan klinik ini,” kata Mohd Zaidy.
Turut bersama, Ahli Parlimen Jempol, Dato’ Shamshulkahar Mohd Deli.