Kompleks Komuniti Ampangan siap, bakal diserah kepada ICU untuk tindakan selanjutnya

SEREMBAN: Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Dato’ Ir. Ts. Masri Baharuddin mengadakan lawatan turun padang ke Kompleks Komuniti Ampangan bagi meninjau status akhir projek yang telah siap dilaksanakan.
Lawatan itu turut disertai wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato’ Dr. Mohamad Rafie Abdul Malek serta kontraktor yang terlibat dalam pelaksanaan projek berkenaan.
Menurut MBS, projek Kompleks Komuniti Ampangan telah berjaya disiapkan oleh pihak kontraktor pada 19 Jun 2026 dan bangunan tersebut kini bersedia untuk diserahkan kepada Pejabat Pembangunan Negeri (ICU) bagi tindakan selanjutnya.
Lawatan berkenaan turut dihadiri Setiausaha MBS, Ir. Ts. Br. Mohd Kamal Mohd Yusof serta Ketua Jurutera MBS, Nuh Nurul Mushawwir Abdul Aziz.
Kompleks Komuniti Ampangan dijangka menjadi kemudahan awam yang memberi manfaat kepada penduduk setempat melalui pelbagai aktiviti dan program komuniti selepas proses penyerahan selesai.




