YB Kita

Komuniti MADANI dinasihatkan fokus program di kawasan tiada JPKK dan KRT

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin menasihatkan Komuniti MADANI menganjurkan program dengan memfokuskan di kawasan yang tiada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

“Kalau tempat itu sudah ada JPKK, biar mereka buat kerja. Kita hormat-menghormati entiti yang ada.

“Kita buat kerja di tempat yang tak ada JPKK.

“Tapi mana yang dah rancang itu, teruskan.

“Mana tempat yang ada KRT kita santuni, ia entiti di bawah kerajaan walaupun di bawah kementerian yang lain. Kebersamaan itu kena ada.

“Kita buat program , fokus di tempat yang tak ada entiti lain.

“Supaya penyampaian maklumat disalurkan kepada semua rakyat,” kata Cha.

Cha juga menekankan, Komuniti MADANI bukan sekadar menjadi penganjur program tetapi perlu berperanan menjadi penyampai maklumat yang cepat, tepat dan efisyen.

“Apa juga inisiatif Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri Sembilan harus dikongsi dan disampaikan kepada komuniti setempat.

“Kita bantu rakyat menikmati segala inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri,” jelas Cha.

Cha berkata demikian di Majlis Sambutan Hari Raya Komuniti MADANI Parlimen Rasah di Arena Premier Hotel.

 

Show More

Related Articles

Back to top button