YB Kita

KRT Seremban 2 terima sumbangan kewangan daripada Cha

RASAH: Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Seremban 2 telah menerima sejumlah sumbangan kewangan daripada Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin.

“Sumbangan ini untuk menyokong program Deepavali dan Pesta Tanglung anjuran Kawasan Rukun Tetangga S2 di Green Street Homes pada 1 Nov 2025.

“Walaupun saya telah maklumkan tidak dapat hadir ke program tersebut, tetapi sumbangan kecil ini sebagai tanda sokongan kepada entiti Kawasan Rukun Tetangga ini, yang telah beberapa kali memohon peruntukan sebelum ini,” kata Cha.

Dalam pada itu, Cha telah menghadiri sambutan Deepavali anjuran Sekolah Kebangsaan St Paul di Dewan Tuanku Ja’afar Sekolah Kebangsaan St Paul.

“Suasana yang cukup meriah dengan kehadiram ramai ibu bapa bersama anak-anak.

“Pelbagai persembahan dipersembahkan, hadirin turut dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan tradisional.

“Murid yang berstatus asnaf juga menerima sumbangan.

“Tahniah kepada SK St Paul yang berjaya menganjurkan program ini, ia juga selaras dengan teras di bawah Malaysia MADANI,” ujar Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button