BeritaMenarik

Ladang nanas MPOWER B40 untuk bekas penagih dadah

JELEBU: Pemerkasaan komuniti luar bandar dan pertanian antara fokus Exco (Kanan) Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi Negeri Sembilan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias.

Jalaluddin yang juga Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup berkata, beliau amat menyokong mana-mana pihak yang ingin bersama kerajaan untuk menjayakan agenda ini.

“Apatah lagi jika mereka yang ingin membantu itu adalah golongan yang memiliki kepakaran bidang berkaitan.

“Atas dasar itulah saya mengalu-alukan pasukan daripada Universiti Malaya yang telah menggerakkan Program Ladang Nanas MPower B40.

“Melalui program ini, seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada bekas-bekas penagih dan yang memiliki masalah kesihatan mental.

“Difahamkan, para peserta akan diberi bayaran khusus bagi menguruskan ladang sebesar tiga ekar tanah di Jelebu.

“Syabas kepada Dr.Rusdi Abdul Rashid selaku ketua projek kerana telah mengambil inisiatif untuk membantu golongan B40 terpinggir ini,” kata Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu.

Jalaluddin berkata, beliau meletakkan harapan yang tinggi iaitu ingin melihat golongan B40 terpinggir ini akan mampu mengubah taraf hidup mereka dari semasa ke semasa.

Show More

Related Articles

Back to top button