Berita

Lagi premis diserbu Aminuddin

RANTAU: Sebuah lagi premis telah diserbu oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, premis tersebut diserbu kerana menjalankan kegiatan pembakaran terbuka dan peleraian barang lusuh terjadual berhampiran Batu 7, Jalan Rantau-Sungai Gadut.

“Premis ini dipercayai menjalankan kegiatan pembakaran terbuka, pembelian dan peleraian baranan terjadual serta barang lusuh yang tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Hasil pemeriksaan mendapati premis kelulusan bagi perniagaan barang lusuh.

“Kegiatan premis menghasilkan buangan terjadual tanpa mematuhi prosedur berpotensi mendatangkan kesan kesihatan kepada manusia dan alam sekitar.

“Pelupusan bateri dan sisa plastik yang tidak terkawal juga akan memberi kesan terutama air yang turun ke longkang akan mengalir ke Sungai Simin yang berhampiran dan menyebabkan kualiti air tercemar.

“Sampel barang terjadual dan sampel tanah telah diambil untuk siasatan lanjut.

“Hasil serbuan tersebut juga mendapati lapan orang pekerja warga asing ditahan dan dua daripada didapati tinggal lebih masa dan seorang tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, kami akan menggerakkan setiap agensi penguatkuasa untuk melakukan operasi dengan lebih kerap bagi memastikan setiap kilang yang beroperasi di Negeri Sembilan tidak bertindak sesuka hati hingga menyebabkan kesan jangka panjang kepada penduduk setempat dan alam sekitar,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button