Berita
Lapan keluarga kurang kemampuan terima sumbangan kewangan dari Aishah
GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah memberi sumbangan kewangan kepada lapan buah keluarga kurang berkemampuan di Pasir Besar,Gemas.
Siti Aishah berkata, sumbangan tersebut bagi membantu mengurangkan beban perbelanjaan mereka.
“Saya juga turut memberikan pek makanan bagi memudahkan urusan harian mereka.
“Terima kasih kepada YB Faiz Fadzil yang turut hadir serta MPKK Kampung Kurnia DiRaja, Encik Hanapi yang membantu saya,” kata Siti Aishah.