BeritaMenarik

Lapan langkah atasi masalah kemudahan infra di Pasar Awam Telok Kemang

Sri Tanjung: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, P.Rajasekaren bersama Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Annamalai Segaran telah mengadakan lawatan ke Pasar Awam Telok Kemang.

“Lawatan ini bertujuan berjumpa dengan peniaga, mendengar aduan dan mengenal pasti permasalahan yang timbul di pasar awam ini.

“Justeru itu, beberapa langkah akan diambil bagi menangani isu di pasar awam ini khususnya berkaitan kemudahan infrastuktur,” kata Rajasekaren.

Langkah-langkah susulan yang akan diambil adalah seperti berikut:

1. Penutup Longkang patah/hilang.

– Meminta Jabatan Kejuruteraan MPPD untuk menggantikan penutup longkang yang rosak atau hilang dengan segera untuk mengelakkan risiko kemalangan, setakat ini sudah berlaku lima kes pengunjung pasar sudah jatuh di dalam longkang termasuk ibu hamil.

2. Lampu dan kipas rosak.

– Merujuk aduan ini kepada Jabatan Elektrik MPPD dan meminta mereka menggantikan atau membaiki lampu dan kipas yang rosak untuk memastikan keadaan yang selesa dan selamat.

3. Tiles (jubin) pecah.

– Meminta Jabatan Kejuruteraan MPPD untuk membaiki atau menggantikan tiles yang pecah bagi mengelakkan kecederaan kepada pengunjung pasar.

4. Penurapan jalan semula.

– Memohon Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MPPD untuk menilai keadaan jalan dan melakukan penurapan semula terutamanya berdekatan dengan gerai menjual ayam dan ikan kerana saliran air tidak lancar.

5. Awning lusuh dan bocor.

– Meminta Jabatan Kejuruteraan untuk membaiki atau menggantikan awning yang lusuh dan bocor untuk melindungi kawasan pasar dari hujan dan panas.

6. Bird Spike di Medan Selera Makan.

– Memasang bird spike untuk mengelakkan burung daripada hinggap dan mengotorkan kawasan Medan Selera Makan.

7. Tempat Roro tidak dicuci selepas kutipan sampah.

– Memohon SWM untuk memastikan tempat roro dicuci dengan bersih selepas kutipan sampah untuk mengelakkan bau busuk dan masalah kebersihan.

8. Tandas Awam T-23.

– Meminta Jabatan Kejuruteraan MPPD untuk membaiki pendawaian dan tandas.

Show More

Related Articles

Back to top button