Berita

Lebih 12,000 pengunjung hadir Rumah Terbuka Aidilfitri

PORT DICKSON: Lebih 12,000 pengunjung telah hadir bagi memeriahkan sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan di hadapan Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson.

Majlis diserikan dengan keberangkatan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sambutan ini mengeratkan lagi silaturrahim di antara pelbagai kaum di negeri ini.

“Kita dapat melihat meriahnya sambutan pada malam ini dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dan berbilang kaum.

“Ini menunjukkan walaupun kita sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum tetapi masih mampu hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang hadir dan menjayakan sambutan ini,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button