Lebih 1,500 orang meriahkan Karnival Hari Malaysia Parlimen Rasah
RASAH: Sambutan Karnival Hari Malaysia Parlimen Rasah mendapat sambutan masyarakat setempat apabila lebih 1,500 orang membanjiri Padang Awam Kaurters KLIA.
Ahli Parlimen Rasah, Cha Kee Chin berkata, karnival ini mendapat sokongan daripada beberapa agensi, seperti Jabatan Penerangan dan Komuniti MADANI.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengadakan Jualan Rahmah, selain penyertaan daripada beberapa buah sekolah.
“Hampir 30 peniaga turut membuka gerai untuk menjual barangan mereka.
“Sambutan ini juga dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan marangkumi masyarakat majmuk.
“Terima kasih kepada Pengarah Program, Azhar Kassim yang berjaya mengendalikan program dengan baik.
“Kita akan mengadakan program yang sama pada tahun 2025,” kata Cha.