Berita
Lima pelajar cemerlang SPM terima tablet dari Rafie
AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek telah memberi sumbangan peranti tablet kepada lima orang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Mohamad Rafie berkata, sumbangan ini merupakan satu penghargaan kepada mereka yang mendapat kejayaan dalam SPM.
“Saya berharap agar mereka meneruskan kejayaan ini di masa depan.
“Sumbangan tersebut diterima oleh ibu bapa mereka,” kata Mohamad Rafie.