Berita

Liputan telekomunikasi di DUN Chembong akan dinaik taraf

CHEMBONG: ADUN Chembong, Dato’ Zaifulbahri Idris telah menghadiri Sesi Perbincangan Hala Tuju Aduan Liputan dan Perkhidmatan Telekomunikasi DUN Chembong.

“Sesi ini diadakan bagi membincangkan aduan liputan talian telekomunikasi di DUN Chembong.

“Ini termasuk perancangan pada masa hadapan dan apabila talian telekomunikasi dinaik taraf, ia akan memberi kemudahan kepada penduduk DUN Chembong.

“Talian komunikasi terutamanya jalur lebar sangat perlu pada masa kini dan akan datang kerana hampir semua transaksi melibatkan pembayaran atau kewangan memerlukan talian dan liputan telekomunikasi yang stabil,” kata Zaifulbahri.

Sementara itu, Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Dato Mohd Faizal Ramli memberi taklimat berkaitan aduan liputan, perkhidmatan dan perancangan naik taraf telekomunikasi di DUN Chembong kepada Zaifulbahri dan keseluruhan kepimpinan UMNO, JPKK, KRT serta kepimpinan masyarakat dalam DUN Chembong.

Show More

Related Articles

Back to top button