Berita

Mahasiswa harapan generasi masa depan: AMINUDDIN

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, mahasiswa merupakan harapan bagi mentadbir dan memajukan negara pada masa depan.

“Pengalaman serta ilmu yang mereka miliki merupakan sesuatu yang berharga kepada negeri.

“Hal ini kerana perkara tersebut dapat memberi manfaat kepada seluruh masyarakat di negeri ini.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri kami sentiasa komited bagi membantu mereka dengan menyediakan pelbagai inisiatif serta bantuan.

“Besar harapan saya agar mahasiswa Negeri Sembilan terus cemerlang dalam kehidupan mereka,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di ‘Townhall Mahasiswa bersama Menteri Besar Negeri Sembilan’ di Dewan Majlis Bandaraya Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button