BeritaMenarikProgram

MAINS nafi lantik mana-mana pihak dalam urusan bina masjid di Negeri Sembilan

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menafikan dan menegaskan bahawa tidak pernah melantik mana-mana pihak dalam urusan pembinaan masjid di Negeri Sembilan.

Urusan pembinaan masjid di Negeri Sembilan adalah di bawah Kerajaan Negeri Sembilan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Sehubungan itu, pihak MAINS menasihati seluruh lapisan masyarakat sentiasa menyemak asas kebenaran sebelum mempercayainya dan menyebarkan (maklumat yang diragui) kepada pihak lain.

Sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak bertanggunjawab menjanjikan pelantikan sebagai konsultasi, kontraktor atau apa-apa pelantikan berkaitan pembinaan masjid di Negeri Sembilan ianya adalah TIDAK BENAR dan PALSU.

Pihak MAINS menyarankan kepada mana-mana orang yang terperdaya dengan tawaran pelantikan tersebut hendaklah membuat laporan di balai polis yang berhampiran.

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

Show More

Related Articles

Back to top button