KUALA LUMPUR: Pasukan Tenpin Boling Kebangsaan memenangi dua pingat emas dan dua pingat perak di Kejohanan Piala Dunia IBF 2025 yang berlangsung di Hong Kong.
Pasukan negara membawa pulang dua pingat emas menerusi Natasha Roslan dalam acara perseorangan wanita.
Manakala satu lagi pingat emas pula disumbang oleh pasukan lelaki yang terdiri daripada Rafiq Ismail, Tun Hakim, Ahmad Muaz dan Timmy Tan.
Rafiq Ismail juga memenangi pingat perak dalam perseorangan lelaki.
Pasukan wanita juga memungut pingat perak melalui Siti Safiyah, Natasha Roslan, Gillian Lim dan Sin Li Jane.
Tahniah kepada skuad tenpin boling negara. Anda kebanggaan Malaysia.